Salahkah aku


Salahkah aku 
menunggu suatu pengakhiran cerita
yang aku tidak pasti

Salahkah aku
untuk menjadi sebahagian daripada cerita itu
walaupun ia tidak pernah menganggap
aku dalam cerita itu

Salah aku
menganggap cerita itu 
adalah cerita aku
bukan untuk dibanggakan
bukan untuk menunjuk
tetapi untuk menutup segala keraguan hidupku

Salahkah aku
mencintai cerita itu
sekiranya cerita itu bukan pengakhiran yang terbaik buatku
aku redha dan akur segala cerita yng tercipta dalam hidupku

Untuk sekali ini

biarlah aku mereka cerita aku sendiri



Comments

Popular posts from this blog

TAK PAHAM...

INDAHNYA PERSAHABATAN

Revenge